
Infaq Pembinaan Surau Kampung Silungai
- Penyumbang
- 1 penyumbang
- Tempoh
- 149 hari lagi
Cerita kempen
300 Orang Sudah Memilih Islam. Tapi siapa yang akan membimbing mereka selepas Syahadah?

Di Kampung Silungai, pedalaman Sabah, saudara baharu ingin belajar solat, fardu ain dan memahami Islam. Namun ketiadaan surau dan bimbingan agama yang konsisten menyebabkan perjalanan mereka masih panjang.
Bantu bina Teratak Ihsan; sebuah surau sebagai pusat ibadah dan bimbingan Islam untuk komuniti Muslim Kg. Silungai.


Keadaan pintu tandas dan tempat ambil wudhuk ruang solat penduduk Kampung Silungai
Dulu hanya 2 orang Islam. Hari ini, sekitar 300 orang telah memilih Islam.
Kampung Silungai merupakan sebuah kampung pedalaman di Pagalungan, Nabawan, Sabah yang dihuni sekitar 1,000 orang penduduk. Suatu ketika dahulu, hanya terdapat 2 orang Islam di kampung ini. Hari ini, jumlah itu telah berkembang kepada sekitar 300 orang. Di sebalik angka ini adalah individu dan keluarga yang telah membuat satu keputusan besar dalam hidup mereka:
Memilih Islam sebagai agama mereka. Tetapi mengucap syahadah bukan bermakna perjalanan mereka telah selesai. Ia baru bermula.
Kampung Silungai Adalah Kampung Terbesar di Pagalungan, Tapi Masih Tiada Surau

Selepas memeluk Islam, mereka masih perlu belajar..
Bagi kita yang membesar sebagai Muslim, banyak perkara tentang agama mungkin terasa biasa. Solat lima waktu. Berwuduk. Membaca Al-Quran. Memahami halal dan haram. Belajar fardu ain.
Tetapi bagi saudara baharu, semuanya perlu dipelajari sedikit demi sedikit. Mereka perlu dibimbing. Perlu bertanya. Perlu seseorang yang membetulkan apabila mereka tersilap. Dan paling penting, mereka memerlukan bimbingan yang berterusan.
"Bila mereka sudah masuk Islam, mereka memang mahu belajar.." - Pamail, penduduk Kg Silungai

Pamail sendiri memahami perjalanan itu. Sekitar 10 tahun lalu, beliau juga memilih untuk memeluk Islam.
Hari ini, beliau membantu masyarakat Islam di kampungnya mengikut kemampuannya dan berharap lebih ramai penduduk mendapat peluang untuk mengenal Islam dengan lebih baik. Namun ada satu cabaran yang masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.
Siapa yang akan membimbing mereka secara konsisten?

Nak belajar, tapi bimbingan tidak mudah sampai ke sini
Kg. Silungai bukan seperti kampung yang terletak berhampiran bandar. Untuk sampai ke kawasan pedalaman ini memerlukan perjalanan yang panjang dan akses yang terhad. Guru atau pendakwah luar boleh datang. Mereka boleh mengadakan kelas. Mereka boleh mengajar penduduk.
Tetapi akhirnya, mereka juga perlu pulang.

Perjalanan ke Kg Silungai perlu menaiki bot
Kelas agama di luar kampung pula berada jauh dan sukar untuk dihadiri secara konsisten. Akhirnya, pembelajaran yang sepatutnya berjalan minggu demi minggu boleh terhenti.
Bukan kerana mereka tidak mahu belajar.
Tetapi kerana akses kepada guru dan bimbingan agama masih sangat terhad.
Sebab Surau Kampung Silungai Perlu Dibina

Surau ini juga dirancang mempunyai bekalan elektrik solar dan internet satelit. Dengan kemudahan ini, kelas bersama guru agama dari luar boleh dijalankan secara online dan berjadual.

Surau ini juga dirancang mempunyai bekalan elektrik solar dan internet satelit. Dengan kemudahan ini, kelas bersama guru agama dari luar boleh dijalankan secara online dan berjadual.
Sumbangan anda aka n bantu:

Surau ini bukan sekadar sebuah bangunan. Ia adalah ruang supaya bimbingan Islam dapat terus hidup di Kg. Silungai.
Firman Allah SWT:
“Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya. Dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki.“ — Surah Saba, ayat 39
Semoga Allah SWT menerima amalan kita..Amin Ya Rab
Laporan penyaluran
Belum ada laporan dikeluarkan. Laporan akan dikemas kini apabila dana disalurkan.
Penyumbang terkini (1)
Zulfadhli
RM2.00
49 minit lalu
“Semoga Allah merahmati”
Kongsi kempen ini
Setiap perkongsian membantu kempen ini sampai kepada lebih ramai penyumbang.

